Sale!

Kurma Ajwah 500g Min 2 Box (Promosi Pre Order)

RM35.00

Out of stock

Category:

Description

KELEBIHAN KURMA AJWA

DISEBUT DALAM HADIS

Terdapat lebih 1400 jenis kurma di seluruh dunia namun kurma ajwa inilah yang pernah disebutkan secara spesifik dalam salah sebuah hadis sahih, iaitu:

Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ
“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu”
[Sahih al-Bukhari- Hadis: 5779]

SUMBER ANTIOKSIDAN

Kurma ajwa mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan ini setara dengan produk antioksidan yang terdapat di pasaran.

MELINDUNGI DARIPADA JANGKITAN

Antioksidan ini membantu melindungi tubuh kita daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung, serta bersifat anti-kanser.

Kurma ajwa juga didapati kaya dengan zat magnesium iaitu mineral yang penting sebagai anti-radang. Kurma ini juga secara spesifiknya mengandungi zat anti-radang yang tertinggi setanding dengan ubat-ubatan seperti aspirin dan ibuprofen!

KHASIAT UNTUK IBU MENAGDUNG & MENYUSU

Kurma memang sinonim dengan ibu hamil dan menyusu kerana ia dikatakan dapat memberi tenaga.

Secara saintifiknya, Journal of Environmental & Analytical Toxicology juga mendapati bahawa kurma ajwa ini membantu ibu meningkatkan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan jangkitan.

Ia juga membantu ibu-ibu mencegah anemia oleh kerana kandungan zat besi yang tinggi.

LEBIH SESUAI DIMAKAN OLEH PESAKIT DIABETES

Uniknya kurma ajwa ini adalah kandungan gula yang terdapat di dalamnya hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi. Ini menjadikannya sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.

MELANCARKAN PENGHADAMAN

Bulan puasa sebahagian orang mudah terkena sembelit atau sukar menghadam makanan kerana kekurangan air pada siang hari dan waktu makan yang berubah.

Amat digalakkan untuk amalkan kurma ajwa pada bulan ini kerana kandungan serat yang dijumpai didalamnya didapati berkesan dalam melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik.

PENGEPOSAN
Pengeposan akan dilakukan antara 15-25 Mac 2022 bagi tempahan pre-order.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kurma Ajwah 500g Min 2 Box (Promosi Pre Order)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *