Description
Aman Spray dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang bersumberkan ilmu perubatan Islam. Ianya diruqyah dan didoa oleh Dato’ Ustaz Ismail Kamus, dan pengamal-pengamal Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia selama beberapa hari bagi mendapatkan hasil dan kesan yang terbaik.
Aman Spray sebagai ikhtiar bagi menghalang dan menghalau gangguan makhluk halus dari rumah kediaman/premis.
CARA MEMAGAR RUMAH MENGGUNAKAN AMAN SPRAY
- Waktu semburan, sebaiknya adalah pada petang sebelum waktu Maghrib.
- Berdiri di mana-mana bahagian dinding rumah, atau pintu rumah, arah spray ikut pusingan tawaf/lawan arah jam (bahu kanan menghala dinding).
- Mulakan dengan membaca Al-Fatihah dan ayat Qursi, kemudian ulang Ayat Qursi sambil spray sehingga habis (atau baca dan ulang 3 Qul).
- Spray di dinding-dinding rumah, pintu, tingkap, dan paling utama adalah penjuru-penjuru rumah (bahagian atas), sekeliling rumah sehingga sampai ke tempat mula.
- Spray tidak perlu terlalu tebal di dingin, memadai terkena bahagian dinding/pintu kemudian dan dan sebaiknya renjisan spray terkena sekeliling dinding rumah.
- Untuk tambahan bagi gangguan yang kritikal boleh mulakan dengan Azan di tengah-tengah rumah dahulu, kemudian baru berdiri di dinding dan mulakan spray.
- Semasa spray niat dalam hati agar Allah SWT keluarkan segala jin-jin yang tinggal atau mengganggu dalam di rumah kita.
BERAPA HARI PERLU GUNA AMAN SPRAY
- Sebaik-baiknya 7 hari pertama adalah berturut-turut, kemudian selang seli jika perlu mengikut kadar gangguan jika masih ada.
- Jika tidak sempat 7 hari disebabkan kerja atau lain-lain halangan, minima 3 hari berturut-turut dahulu tapi disyorkan pilihan pertama 7 hari berturut-turut.
PERLUKAH BUKA TINGKAP WAKTU SPRAY
- Buka sedikit pintu utama atau pintu belakang/dapur.
- Tidak perlu untuk buka semua tingkap.
- Buka pintu dengan niat memudahkan jin keluar, hakikatnya jin juga boleh keluar sekiranya pintu tertutup melalui mana-mana ruang yang angin boleh laluinya.
Reviews
There are no reviews yet.